Assalamualaikum WBT ..
pertama-tamanya, welcome to our guest from Edinburgh ! have a nice stay in Israa' .. =)
kedua-duanya, sharing kami hari ni ,, dari ma'thurat kubra ..
"bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu Subuh. (17) Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu Zuhur. (18) Dia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). (19) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Dia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. (20) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (21) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (22) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). (23) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Dia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya. (24) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta-merta keluar (dari kubur masing-masing). (25) Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya. (26)".
hurmm, bace mcm tu jek pn da ckup faham kan? anyway, apa yg kami faham adalah ..
i) saranan supaya kita mengingati Allah pada waktu ptg(asar la kot kan?), Subuh n Zuhur .. bukanlah waktu2 ni SHJ , tp 3 waktu tu yg Allah tekankan dlm ayat ni ..
ii) Allah terangkan kat kita segala kekuasaan2nya, yg super banyak .. tp faham jek kot bahawa bukanlah ni SHJ yg Allah buat .. baaaaanyaaaak lg kan?
iii) dan Allah mention juga dlm ayat2 ni, apa ciri2 org yg mahu mengakui dan memikirkan semua perkara yg Allah mention dlm ayat2 ni.. ni bole tgk kt akhir2 kebanyakan ayat .. cth : org yg berfikir, org yg mendengarkan dll etc .. maknanya, kalau kita x mengakui n memikirkan kebesaran2 dan kekuasaan2 Allah ni semua, kita adalah org2 yg x berfikir akak bodoh dan x mendengarkan aka pekak?
Wallahualam .. =)


No comments:
Post a Comment